Thursday 8 November 2012


KEM PRODIGY
Bertarikh 27-29 april 2012 saya dan seoarang rakan telah menyertai kem prodigy yang telah di anjurkan oleh rakan study islam (rsi) universiti pendidikan sultan idris.

Kem tersebut bermula pada hari Jumaat malam yang bertempat di bilik seminar bitarasiswa. Aktiviti pada malam tersebut ialah ice breaking. Walaupun peserta yang mengikuti program tersebut tidak ramai iaitu seramai 17 orang namun ia tetap seronok. Pada mulanya saya hanya kenal kawan saya seorang sahaja, tetapi selepas aktiviti ice breaking, kami mengenali antara satu sama lain. Aktiviti ini sangat berkesan kerana penceramah yang mengendalikan kem ini sangat berpengalaman iaitu en ab aziz bin mohd yatim.
Pada hari seterusnya, banyak pengisian yang sangat berguna kepada kami semua. Ia memberikan impak yang sangat besar dalam diri saya. Pada petangnya kami telah mengembara sekitar tanjung malim untuk menyelesaikan explorace. Ia sangat mencabar, tetapi alhamdulillah kami berjaya menyelesaikannya..

Pada keesokan hari, kami telah di berikan pendedahan bagaimana untuk belajar dengan cara yang berkesan, iaitu kemahiran belajar. Kem tersebut berakhir pada pukul 10 pagi kerana selepas tamatnya program ini en aziz perlu menguruskan program yang lain. Kem ini sangat berguna untuk diri saya. Seseungguhnya saya rasa bertuah kerana menyertai kem prodigy yang telah dianjurkan.

"gambar-gambar semasa kem prodigy"

PENGANJUR "KEM PRODIGY"



KHUSYUK MENDENGAR PENERANGAN YANG DIBERIKAN



MENJALANKAN AKTIVITI



BERGAMBAR BERASAMA EN AZIZ


Wednesday 7 November 2012

KAMI DAN MEREKA


Sehari bersama dengan pelatih-pelatih di rumah perlindungan remaja raudhatus sakinah, Selangor

Pengalaman di semester 2 yang mana memerlukan kami melakukan lawatan ke tempat perlindungan remaja. Pada mulanya kami merancang hendak ke hunry gurney, tetapi di sebabkan banyak prosedur kami memilih untuk ke rumah perlindungan remaja raudhatussakinah. Lawatan ini adalah tuntutan daripada subjek  teori personaliti yang akan membantu kami kelak. Setiap individu mempunyai personality yang berbeza-beza.
Pelbagai ilmu yang kami peroleh hasil daripada lawatan tersebut. Pelatih-pelatih di sana sangat mengalu-alukan kedatangan kami dan mereka memberikan kerjasama kepada kami semua.  Dekat bawa nie saya sertakan aktiviti yang telah kami jalankan di sana dengan pelatih-pelatih di sana…J


perjumpaan terakhir sebelum ke raudhatus sakinah



bergambar di hadapan pintu utama raudhatussakinah



sesi temu bual bersama pelatih-pelatih


cenderahati kepada sukarelawan yang membantu pelatih-pelatih


bergambar bersama pensyarah en che anuar

Tuesday 6 November 2012

Menjadi fasilitator untuk PRS pelajar diploma UPSI

Assalamualaikum......

Di malam yang boring ini, tetiba pulak rasa nak updates blog walaupun banyak esggment yang belum siap... Tetiba terasa nak kongsi pengalaman yang telah saya lalui semasa di semester 5 ini. Rasa macam kejap je dah semester 5, pas tu semester 6 pastu praktikum.. Dah bersediakah aku nak berpraktikum ni??? Rasa macam banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki...hurmmmm....

Malam nie tetiba terasa nak kongsi pengalaman menjadi fasilitator untuk PRS Diploma yang mana peserta nya adalah seramai berapa tak ingat, tapi ramai la...rasanya ada la dalam 400 orang lebih.. Saya dan kawan-kawan membantu pensyarah kaunseling iaitu che Anuar, en Zul, en Mad Noor dan sorang lagi penyarah perempuan lupa namanya.. selain daripada kami semester 5 yang menjadi fesi, semester 3 juga turut bersama-sama kami menjadi fasilitator menguruskan para peserta.

Program tu dijangkakan bermula pada pukul 8 padi, tetapi disebabkan kekirangan bas, jadi ianya dimulakan agak lewat. First program kami semua beraerobik yang mana di ketuai oleh Zhafran pelajar semester 3. Selepas itu, sarapan dan seterusnya pembahagian kumpulan. semasa pembahagian kumpulan ini mengambil masa yang lama kerana kebanyakkan mereka tidak mahu berpisah diantara satu sama lain. jadi pesyarah iaitu en Zul menggunakan caranya tersendiri untuk pembahagian kumpulan pada hari tersebut.

aku dah seorang lagi kawan aku ditugaskan menjaga check point di kafe ict. Task yang mereka perlu lalui sangatlah mencabar yang mana mereka perlu samapi ke check point2 yang telah ditetapkan. di check point tersebut mereka perlu berhadapan dengan tugasan yang diberikan oleh fasilitator. Di check poit aku dan aida kami meminta peserta menyusun huruf T yang mana huruf T tersebut kami telah potong kepada 7 bahagian dan mereka perlu menyusun keratan-keratan kertas tersebut supayaianya membentuk huruf T. Banyak kumpulan yang pada mulanya menyatakan senang, tetapi apabila melakukannya mereka perlu mengambil masa yang lama. Sekiranya terdapat kumpulan yang tidak dapat menyusun T tersebut, kami meminta seorang wakil daripada kumpulan untuk bertemu dengan salah seorang fesi dan melihat bagaimana T tersebut di susun dan akhirnya majoriti kumpulan berjaya menyiapkannya.

Program tersebut berakhir pada pukul 4.00 yang mana semua peserta perlu berkumpul semua di dewan besar untuk membuat sedikit refleksi daripada explorace tersebut. kumpulan yang berjaya sampai awal ke tempat yang di tetapkan mereka di nobatkan sebagai juara.

walaupun sangat penat pada hari kejadian, tetapi kami semua enjoy kerana kami memperoleh satu pengalaman baru yang sangat berharga....:)


Barisan-barisan fasilitator semester 5 bersama dengan en Zul dan en Anuar


muka-muka ceria selepas tamatnya program

Sunday 4 November 2012

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING


PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DEFINISI BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

♦DEFINISI BIMBINGAN
-Bimbingan merupakan proses membantu individu membuat keputusan yang penting di dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya (Gladding, 2000).
-Bimbingan ialah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia disekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1997).
-Menurut Shetzer & Stone (1971) : “bimbingan sebagai proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. “
-Bimbingan : memberikan perkhidmatan kepada orang yang normal,
-Proses :  menunjukkan satu usaha yang berterusan dan banyak langkah yang terlibat untuk mencapai matlamatnya,
-Menolong : membantu, assisting dan availing. Memahami diri : memahami individu, memahami identiti peribadi sendiri
-Alam sekeliling : manusia di sekelilingnya, peluang-peluang pekerjaan dan seumpamanya.

RUMUSAN
-Bimbingan adalah bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohaniaan.
-Proses yang mengakibatkan pembentukan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil pada masa sekarang dan pada masa depan.

DEFINISI KAUNSELING

-Kaunseling merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.
                                                                                                (AKTA KAUNSELOR, 1998)
§  Berdasarkan definisi di atas, terdapat beberapa perkara penting iaitu :
§  Kaunseling adalah profesion
§  Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan personal, kerjaya, patalogi.
§  Kaunseling dijalankan ke atas individu yang yang berfungsi penuh dan mempunyai masalah.
§  Kaunseling berasaskan teori
§  Kaunseling adalah proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi
§  Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran

DEFINISI PSIKOTERAPI
§  Secara tradisional berfokus kepada masalah serius yang berhubung dengan intrapsychic, internal, isu-isu personal dan konflik.
§  Ciri-ciri psikoterapi secara tradisional adalah:
§  Memberi penekanan kepada masa lampau
§  Celik akal
§  Terapi bertindak sebagai pakar

§  Psikiatri/psikologi klinikal menggunakan istilah ‘psikoterapi’
§  Terdapat beberapa perbezaan di antara kaunseling dan psikoterapi iaitu :
§  Psikoterapi melibatkan hubungan jangka panjang iaitu 20-40 sesi (6 bulan hingga 2 tahun) berfokus kepada reconstructive change; kaunseling melibatkan hubungan jangka pendek iaitu 8-12 sesi (kurang dari 6 bulan) yang berfokus kepada resolusi perkembangan dan masalah yang timbul pada masa itu.
§  Psikoterapi melibatkan pesakit yang berada di setting (outpatient and inpatient) yang melibatkan penempatan seperti hospital sakit jiwa
§  Kaunseling diberikan kepada outpatient settings (sekolah dan agensi)

PERBEZAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

§  Bimbingan membantu individu membuat pilihan menurut nilai dirinya, manakala kaunseling membantu individu membuat perubahan.
§  Di awalnya, bimbingan berlaku di sekolah, iaitu, guru membantu pelajar membuat keputusan (vokasional/bidang pengajian). Kini, bimbingan adalah satu bahagian dari keseluruhan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
PERBEZAAN KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

KAUNSELING
FOKUS: Perkembangan: memupuk kemahiran daya tindak (coping skill) untuk memudahkan perkembangan dan percegahan masalah.
MASALAH KLIEN: Klien di selubungi masalah seperti masalah perhubungan kerjaya –memerlukan pertolongan.
MATLAMAT: Lebih kepada matlamat jangka pendek.
PENDEKATAN:Strategi kaunseling
SETTING: Pelbagai: sekolah, pusat agama klinik kesihatan mental.
PSIKOTERAPI
FOKUS: Remediatif( fokus membantu klien menyelesaikan masalah yang muncul (anxiety, depresson)
MASALAH KLIEN: Masalah klien komplek perlukan prosedur diagnosis.
MATLAMAT: Fokus matlamat jangka pendek/panjang.
PENDEKATAN: Pendekatan psikoteraputik, strategi yang melibatkan proses sedar dan tidak sedar.
SETTING: Pusat kesihatan mental/ hospital.

PERBEZAAN MENOLONG YANG FORMAL DAN TIDAK FORMAL

F Kaunselor perlu mengekalkan darjah objektivitinya iaitu kaunselor secara langsung tidak terlibat dengan kehidupan klien.
F Kaunselor dilindungi dengan kod etika seperti American Counseling Association (ACA)
F Perlu mahir menggunakan emosi dan berpengalaman.
F Penggunaan teknik dan strategi kaunseling dan berkebolehan menggunakannya untuk pertumbuhan klien.

KAUNSELING SEBAGAI PROFESION MENOLONG;
Manusia memerlukan kaunseling kerana:

F Manusia adalah spesis yang paling lemah sejak lahir
F Manusia berpotensi besar untuk pertumbuhan dan perkembangan
F Manusia mempunyai kemahiran komunikasi yang amat baik, kemahiran yang membolehkan mereka meluahkan pemikiran secara teliti kepada individu lain, dapat menuturkannya melalui bahasa yang difahami oleh pihak lain, merekod, menghantar dan menerima maklumat.
F Individu berbeza di antara satu sama lain
F Manusia memanipulasi dan dimanipulasi oleh persekitaran mereka.
F Manusia memahami masa lepas dan masa akan datang.
F Manusia mempunyai kebolehan untuk mena’kul dan mendapat celik akal.

PERBANDINGAN DI ANTARA PROFESIONAL KESIHATAN MENTAL YANG LAIN

KAUNSELOR
F Mempunyai kelayakan profesional dan latihan
F mengikut kelayakan yang diiktiraf Accreditation for Counseling and Related Educational Programs (CACREP)
F  kaunselor perlu mengambil peperiksaan untuk menjadi National Certified Counselor (NCC) yang ditawarkan oleh National Board for Certified Counselors (NBCC)

F GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
F Guru bimbingan dan kaunseling mempunyai kepakaran tentang perkembangan pelajar serta mempunyai latar belakang pendidikan kaunseling seperti Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang kaunseling.

PSIKOLOGIS
-Psikologis menjalankan tugas di banyak  setting pekerjaan seperti di hospital, agensi swasta, perundingan dan agensi kesihatan mental.
-pertubuhan : American Psychological
     Association (www.apa.com)

PSIKOLOGI KLINIKAL
F Individu yang mempunyai latar belakang yang mantap di dalam bidang sains, teori dan praktis.
F Membantu meringankan masalah salah suai (maladjustment) dan meningkatkan kesejahteraan psikologi seseorang.
F Perlu memperolehi APA – akreditasi program kedoktoran dalam psikologi klinikal serta lengkap mengikut badan pengiktirafan.

PEKERJA SOSIAL
F Memiliki latar belakang pendidikan social works
F Pekerja sosial kini menawarkan kaunseling dan psikoterapi kepada pelbagai jenis klien dalam pelbagai setting seperti perkhidmatan kebajikan kanak-kanak, jabatan kerajaan, swasta dan hospital.
F Tidak terlatih di dalam kaunseling kerjaya, teknik-teknik penilaian dan kaedah kajian kuantitatif
F Pekerja sosial perlu menjalani latihan mendapatkan Licensed Clinical Social Worker (LCSW).




PRINSIP UTAMA BIMBINGAN DAN KAUNSELING



PRINSIP UTAMA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PRINSIP BIMBINGAN & KAUNSELING  Kementerian Pelajaran Malaysia (1984)

1: Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan : Merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Pelajar didik atau dibimbing untuk mempelajari pengalaman-pengalaman, nilai-nilai, sikap-sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.

2: Bimbingan dan kaunseling untuk semua pelajar: Semua pelajar mempunyai peluang mendapatkan pertolongan tanpa mengira latar belakangnya, kaum, agama dan kepercayaan.

3:  Pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu. Seorang pelajar, pada keadaan tertentu memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangannya.

4:  Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan pelajar bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya: Bertujuan untuk melayani  keperluan individu supaya ia berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap perkembangan

5:  Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajahi tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.

6:  Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa depan dan masa kini : Usaha bimbingan dan kaunseling untuk menjadikan pelajar lebih asertif, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakan sekarang dalam jangka masa yang panjang. 

7:  Bimbingan dan kaunseling menolong pelajar menyedari kelemahan-kelemahan sendiri dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya : Fokus untuk memperkukuhkan kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti pencegahan dan pengayaan. Tempoh masa yang diberikan perlu mencukupi untuk membenarkan klien

8:  Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama : Semua pihak perlu mengembeling tenaga.
9:  Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai pelajar. Perlu mendapatkan maklumat pelajar.

10:  Setiap individu mempunyai sifat yang berbeza dalam gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar.

11:  Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalamannya.Bimb dan Kaunseling merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan pelajar, membantu membuat penyesuaian dan perubahan tingkah laku.

12:  Bimbingan dan kaunseling adalah untuk pengetahuan dan persepaduan psikofizikal pelajar.  Pelajar tidak hanya sebagai manusia kognitif sahaja tetapi mempunyai perasaan, sikap, akal dan rohani.

13:  Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan mengikut etika kaunseling yang baik. Bertujuan untuk memelihara kebajikan pelajar supaya tidak dianiaya oleh orang yang menolongnya.







DEFINISI BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Bimbingan dan Kaunseling
Apa itu kaunseling?
Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.
Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
Definisi Bimbingan
• Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Prinsip-prinsip bimbingan
• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
Pendekatan Bimbingan
Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis
Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)
• Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.
• Guru ini tidak digelar kaunselor
MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
• Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.
• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok.
• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .
• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
• Perkhidmatan bersifat pelbagai modality

Monday 22 October 2012

Kem Jejak Aspirasi SMK Ahmad Boestamam

Alhamdulillah..selesai sudah program di sekolah SMK Ahmad Boestamam di Setiawan, Perak. Program ini merupakan salah satu daripada tugasan kami dalam subjek konsultasi sekolah.
Semuanya berjalan dengan lancar dan adik2 di situ memberikan kerjasama yang baik. Kebanyakkan pelajar yang mengikuti program tersebut adalah dari kalangan pengawas dan juga PRS..

Dekat bawah ni saya serta kan gambar dan video semasa program berlangsung....selamat menonton..:)


 perbincangan bersama kaunselor SMK Ahmad Boestamam

 Latihan dalam kumpulan



 senaman aerobik poco-poco