Sunday 4 November 2012

PRINSIP UTAMA BIMBINGAN DAN KAUNSELING



PRINSIP UTAMA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PRINSIP BIMBINGAN & KAUNSELING  Kementerian Pelajaran Malaysia (1984)

1: Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan : Merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Pelajar didik atau dibimbing untuk mempelajari pengalaman-pengalaman, nilai-nilai, sikap-sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.

2: Bimbingan dan kaunseling untuk semua pelajar: Semua pelajar mempunyai peluang mendapatkan pertolongan tanpa mengira latar belakangnya, kaum, agama dan kepercayaan.

3:  Pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu. Seorang pelajar, pada keadaan tertentu memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangannya.

4:  Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan pelajar bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya: Bertujuan untuk melayani  keperluan individu supaya ia berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap perkembangan

5:  Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajahi tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.

6:  Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa depan dan masa kini : Usaha bimbingan dan kaunseling untuk menjadikan pelajar lebih asertif, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakan sekarang dalam jangka masa yang panjang. 

7:  Bimbingan dan kaunseling menolong pelajar menyedari kelemahan-kelemahan sendiri dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya : Fokus untuk memperkukuhkan kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti pencegahan dan pengayaan. Tempoh masa yang diberikan perlu mencukupi untuk membenarkan klien

8:  Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama : Semua pihak perlu mengembeling tenaga.
9:  Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai pelajar. Perlu mendapatkan maklumat pelajar.

10:  Setiap individu mempunyai sifat yang berbeza dalam gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar.

11:  Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalamannya.Bimb dan Kaunseling merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan pelajar, membantu membuat penyesuaian dan perubahan tingkah laku.

12:  Bimbingan dan kaunseling adalah untuk pengetahuan dan persepaduan psikofizikal pelajar.  Pelajar tidak hanya sebagai manusia kognitif sahaja tetapi mempunyai perasaan, sikap, akal dan rohani.

13:  Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan mengikut etika kaunseling yang baik. Bertujuan untuk memelihara kebajikan pelajar supaya tidak dianiaya oleh orang yang menolongnya.







No comments:

Post a Comment